Tuesday 26 April 2011

wiring time !

Waktu belajar yang paling best bagi aku mestilah waktu lab! hahaha! Sangat seronok bila aku tak payah nak duduk dan dengar lecturer mengajar teori kat depan, waktu lab aku boleh sembang-sembang tak payah nak fokus sangat dan yang paling penting mesti lah seronok bila buat wiring. Kan kan kan? Jom kita tengok proses aku dan aery membuat wiring. ;D



Ini ialah pelan sebelum kerja - kerja wiring dilakukan. Apa - apa pun mestilah kena plan dulu kan. Hehe.


Yang ini komponen – komponen yang telah disediakan, ada lagi sebenarnya tapi tak sempat nak tangkap semua plus segan lah sebab En Zaki memerhatikan kami :P



Pemasangan litar utama. Nampak je kabel tu kecil tapi tajam tau sebab jari aku pernah berdarah tercucuk kabel, haha tu lah lalai lagi kan dah kena.



Pemasangan suiz satu dan suiz dua. Lab kali ni kita orang buat suiz dua hala, sebagai contoh selalu digunakan untuk tangga dekat rumah teres.


Keadaan pendawaian yang separuh siap.



Yang ini ialah fius perkhidmatan, satu untuk wayar live dan satu lagi untuk wayar neutral


Pemeriksaan dilakukan oleh En Zaki terhadap setiap kumpulan sebelum menghidupkan lampu.  


TADAA ~ ini lah hasil dari usaha aku dengan aery. Semuanya okay tapi lack dekat kreativiti je. Kalau masa boleh dipanjangkan sedikit mungkin kita orang sempat untuk men’c a n t I k’kan lagi tugasan kita orang ni. :P




kebersihan menjadi keutamaan dalam kerja - kerja pendawaian :)


:: BONUS ::



Pau Kacang mari ! hahaha, lepas habis lab lepak dulu sambil makan pau kacang kegemaranku, thanks to aery sebab belanja ye :)

2 comments:

  1. gambar semuaaaa cantik , bangga laa rasa
    :) *snyum bangga ,

    ReplyDelete
  2. hehe iklas ke neh? edit bese ar an. see d leg la. :P

    ReplyDelete