Sunday, 10 July 2011

Me & Kouru

O-hoh~ lama dah tak update blog aku ni, dulu masa sem pendek rajinlah meng-update tapi sekarang masuk je sem panjang terus hilang mood meng-update aku. Haish kacau daun betul lah. Dengan kelas yang pack, assignment melambak-lambak, subjek core yang boleh kasi pecah ini kepala dan menjejaskan rekod kesihatan aku yang bersih setakat ni. *hehe Alhamdulillah virus demam, batuk, selsema semua tak suka dekat aku :P apa-apa pun yang penting aku tak nak ada repeat paper dalam masa aku belajar ni, tak nak lah repeat-repeat ni, buang masa dengan duit lah bai, huhuhu.

Dah setahun rupanya aku kat kolej ni, dah setahun jugalah my sister KOURU habis belajar dari kolej Linton kat Mantin, Negeri Sembilan. Sekarang dia nak pergi Latihan Industri (LI) dah. Patutnya sebelum habis belajar LI nya tapi ni dah setahun baru nak LI, APAKAH?? Aku pun tak tahu kenapa and taknak amik tahu pun, kalau nak tahu juga pergilah tanya dia sendiri, hahaha. Tapi yang aku tak puas hatinya kenapa perlu gerak sehari sebelum birthday kakak sulung kita orang? Haritu pun nak daftar masuk kolej dia gerak sehari sebelum birthday aku,  sedih okay aku makan kek sorang-sorang time dia dah gerak, sumpah sedih. Apa-apa pun aku doakan dia agar dia selamat pergi dan selamat balik, agar dia jumpa kawan-kawan yang baik macam dia, walaupun dengan aku dia macam gampang tapi bila dengan orang lain dia sangat-sangat baik hati.

Nak flash back jap, masa aku sakit time kecik-kecik dulu dialah yang jaga aku letak tuala basah kat dahi, bagi makan ubat, semualah! Ingat lagi masa sekolah rendah kita mesti sama-samakan? Yang tak boleh blah rambut pun nak sama tu berjambul syhal,HAHAHA. Ada satu haritu orang darjah 1 hang darjah 4, kita nak masuk kelas dah, kelas hang tingkat 1 blok C orang punya pula kat bawah blok A, pastu hang campak handkerchief kat orang soh masuk kelas cepat-cepat sebab nanti cikgu marah, nak tahu satu rahsia tak? Bila hang masuk kelas je orang pun terus gerak masuk kelas gak, dalam perjalanan ke kelas tu orang menagis tau tak. Hahaha! Selebeh gila wa cakap sama lu. Budak-budak lain semua pandang je, kalau dulu orang penakut, pendiam, pemalu tak berani nak sound dorang, tapi kalau perangai orang yang sekarang ni ada masa darjah 1 mesti orang dah sound dorang kan cakap “apa pandang-pandang? Macam kau tak pernah nagis plak kan” hahaha. Lagi kita pernah gaduh pukul-pukul then hang tolak orang sekali terus orang tersungkur pastu tak tau nak buat apa sebab tau orang tak leh menang kalau lawan fizikal ngan hang kan, orang terus cakap “BABI !” pastu mak marah sebab mak tak pernah ajar anak-anak dia cakap benda kotor. Bila first time hang bawa orang pergi Time Square kat dalam monorail hang ajar orang untuk bagi tempat duduk dekat  auntie cina tu, haa orang ingat lagi tau. Kadang-kadang hang baik sangat sampai semua pun nak bagi orang lain dulu, aigoo~ contoh yang terbaru bila hang bawa kereta, kalau kat simpang tiga kita jalan terus tak payah lah nak benti bagi laluan kat dorang, haih kesusahan betul lah hang ni, nasib baiklah hang tak benti betul-betul an. Hahaha XD

ni time raya kedua tahun lepas, tak balik kampung pun, huhuhu.

time tunggu bas kat Pusat Bandar, ada tayar bas meletup, bas pergi seksyen 25 plak tu, hadoi~

Kesimpulannya, walaupun kita orang gaduh teruk mana sekali pun and seremeh mana sekali pun hal yang digaduhkan, kita orang still akan baik balik and share happy moment together with other. :)

 i will miss you, nanti mesti tak best kan tak dapat buli hang sebab susah nak jumpa :'(