Friday 29 April 2011

28/4/2011 :)

 28 april adalah antara hari yang paling seronok sebab banyak benda yang aku lalui sebagai seorang pelajar hanya dalam satu hari. Kalau korang nak tahu apa yang seronok sangat tu silakan lah rajin – rajinkan mata korang membaca eh :)

first mengenai PERTANDINGAN WIRING untuk kelas electrical wiring and troubleshooting, kita orang jalankan pertandingan ni macam biasa kat lab fizik and as usual satu team mesti ada dua orang dan aku satu team dengan syafiq lak kali ni. Aku kira bertuah jugalah sebab syafiq offer aku satu team dengan dia dan dia dah plan strategi awal – awal lagi okay, aku cuma perlu ikut dan pasang sahaja.  Dah nama pun PERTANDINGAN kan, so kerja – kerja kita orang pun kena lah k r e a t i f dan t e p a t pada masanya. Apa – apa pun kita orang adalah team kedua yang siap dan semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancang :)



Ini lah hasil dari struktur plan yang dibuat oleh syafiq, kecil je ruang yang digunakan. Sesuai dengan aku yang agak – agak tak cukup ketinggian ni kan. Comel je. Gud job apitt! ;D


TADAA! Keputusannya kita orang punya lulus tanpa sebarang masalah. Bangga kot sebab ni first time aku siap awal, kalau lab biasa siapa – siapa yang satu team dengan aku mesti akhir sekali yang siap. Tak akhir pun second last. Hahaha! BALA~ BALA~


Yang bawah ni hasil dari team  lain lak.


Ini  team Siong dengan Muazzam, gila budak – budak ni. Time buat wiring ni ada je benda nak bahan aku. AH GUA btol! Hahahah *joke. Gila – gila pun dorang lah first team yang siap eh.



Haa yang ni lak team Azizi dengan Acap, dorang team yang ketiga siap.
p/s : Azizi, senyum lebar kau eh da berjaya. Hahaha :P



Team Danial dengan Fahmi merupakan team yang last siap. Sebenarnya ada lagi dua team yang tak buat sebab dorang ada event time ni. So dorang kena buat masa lab yang seterusnya lah.


Memang seronok time ni sebab semua yang aku buat aku faham berbanding lab –lab yang lepas. Aku harap En Zaki bagi aku markah yang cantik – cantik lah kan, barulah GEMPAK wok! Hahaha ;D




Lepas tengahari lak kita orang mula kelam – kabut dengan hal presentation untuk kelas sistem komunikasi, tajuk presentation kita orang adalah perkembangan sistem komunikasi dari dahulu hingga kini. Tapi apa – apa pun kita orang still dapat handle semua masalah yang timbul. Masa presentation semua berjalan dengan lancar dan untuk sesi question & answer pun kita orang dapat jawab semua pertanyaan. Perasaan kita orang masa tu memang seronok habis lah sebab kita orang merupakan group yang terbaik dari group – group yang lain. Boleh senyum sampai telinga dah :)


Haih SUMPAH seronok time ni. TEAMWORK adalah SANGAT – SANGAT PENTING dalam sesebuah kumpulan. Ingat tu ye ;) Semua stok muka – muka puas hati, heee~


Malam lak aku keluar lepak dengan wann kat KFC EXTREAM PARK. Ni first time aku keluar dengan dia, kalau korang tengok aku jalan dengan dia kan dah macam aku adik dia abang tahu tak. Haih wann, asal wann tinggi sgt ha? Meh bak sini sikit tulang tu bagi sis. Sakit tengkuk sis lah nak pandang atas. Hahaha! :D



Bergambar pada masa yang sama, SMART tak? Hehehe~ kalau nak tahu walaupun kita orang first time lepak sama aku tak rasa segan langsung dengan dia. Bila Nampak dia kat bawah hostel tengah tunggu aku benda pertama aku buat gelak – gelak panggil dia. Kalau lah aku salah orang time tu rasa – rasa malu tak? :P


Terima kasih dekat pak Kentucky ye sebab memberi senyuman dari awal hingga akhir.

p/s : air mirinda strawberry ;D

satu hari yang lengkap walaupun aku tak cukup tidur tapi aku rasa seronok sangat sebab dapat kawan – kawan baru yang AWESOME :) dan kawan – kawan aku yang masih setia and still nak berkawan dengan aku lagi. I LOVE U LAH KORANG! ;D

"My friends are my estate."





Thursday 28 April 2011

sweet nineteen :)

Birthday aku pada tahun ini disambut 2 kali pada hari yang sama, pertama budak – budak hostel semua pakat kenakan aku dengan prank dorang tu tengah – tengah malam time orang lain semua baru nak lena kita orang pula boleh memekak dekat bawahkan, perangai sangat! Hahaha! Then yang second aku sambut dengan adik aku and awek dia pau (kita orang panggil dia pau kacang ;D) , Izaty sepupu aku, Mira BFF aku dan Aty roomate aku. Yang ini buat kecil - kecilan je. sangat terharu dorang buat macam tu tahu tak ;)


Suka gambar ni tapi sayang sebab blur. huhuhu.



Damn! Terkena dengan Pieja Choi! Kembar setan aku, nak tahu kenapa? sebab perangai kita orang macam setan suka kacau orang. wekk :P By the way, aku sepatutnya menyorok dalam almari that time. haih~


Wawa dengan Aty, my roommates. thanks korang sebab join skaki! :)


Ini Wawa PTPL roommate aku juga, senyum gembira eh muka kena tepek dengan kek? hahaha :D


Heee~ seronok dapat makan kek! yang celebrate dengan budak hostel tak dapat makan kek sebab kek dah jatuh, huhuhu sedih kot.


Sekali sekala suap adik apa salahnya kan? hahaha! Kura - kura~



Kura -kura dengan pau ^^


 Mira dengan Izaty, minah kepoh berdua ni asyik kena buli dengan aku and kura - kura je, haha best kot kenakan dorang.



Tengah rancak bercerita, cerita apa pun aku tak tahu :P


Tapi sedih sebab tak dapat celebrate dekat rumah dengan family yang lain. huhuhu. Pada semua kawan - kawan yang sudi celebrate birthday aku hari tu terima kasih banyak - banyak ye. Seronoklah korang kan dapat balas dendam balik kat aku. Tak apa nanti korang punya birthday datang lagi aku kasi kaw - kaw eh. hehehehe~ HAPPY BIRTHDAY SEMUA! 

Wonderland Event

event kali ni bertemakan wonderland dimana course aku telah memilih tema pirates dan khemah kita orang sangat simple okay, tak tahu mana salahnya.  Dah macam rumah hantu tak siap pun ada aku tengok. Hahaha ! *joke. Sepanjang event ni berlangsung kita orang buka bisnes menjual air dan aku lah tukang jualnya, tak percaya? Percayalah! Hahaha. Tengoklah ye :)


Inilah rupa kerja – kerja last minit. Haih~




Tukang jual yang rajin! Heee~ mari mari mari beli air! Satu singgit! Bayar dulu baru kasi angkat ya! :P (agak - agak dah boleh buka bisnes sendiri tak? hahaha!)


Inilah air yang ada dijual, bila  matahari dekat atas kepala mestilah semua pun nak cari air kan kan? tapi malangnya air 100plus tak ada. Kalau tak memang aku lah yang bli dulu. Hahaha ;D  




Harta karun lanun – lanun kami. Kalau dah lanun tu memang lanunlah, tengoklah duit syiling CEKELAT tu pun dorang telan, kalau aku tak bising alamat habislah semuanya.  :|



Najib, Terbaik wok! Hahahahahah!


Partner aku, awal – awal lagi dorang dah cabut katanya nak pergi main counter strike untuk wondergame. Yelah tu! entah – entah pergi merewang kat tempat lain. Owh BRANI KORANG TINGGALKAN AKU YE! Untunglah ada SENIOR LIM tolong kalau tak memang tak duduklah aku! Hahaha.

Tapi apa – apa pun memang seronok sebab dapat terlibat dalam event ni. Walaupun kita orang tak menang apa – apa and khemah kita orang paling tak menarik, tapi aku seronok sebab dapat lepak dengan lecturer, dapat kenal senior – senior aku yang perangai serupa macam lanun tu sebab kerja dorang asyik nak curi minuman je. Memang penat okay. Tapi sayang aku tak ada gambar kita ramai – ramai sebab kena jaga air, tukang jual lah kata kan ;D and last but not least tahniah kepada pemenang - pemenang untuk setiap kategori ye :) *applause





Tuesday 26 April 2011

wiring time !

Waktu belajar yang paling best bagi aku mestilah waktu lab! hahaha! Sangat seronok bila aku tak payah nak duduk dan dengar lecturer mengajar teori kat depan, waktu lab aku boleh sembang-sembang tak payah nak fokus sangat dan yang paling penting mesti lah seronok bila buat wiring. Kan kan kan? Jom kita tengok proses aku dan aery membuat wiring. ;D



Ini ialah pelan sebelum kerja - kerja wiring dilakukan. Apa - apa pun mestilah kena plan dulu kan. Hehe.


Yang ini komponen – komponen yang telah disediakan, ada lagi sebenarnya tapi tak sempat nak tangkap semua plus segan lah sebab En Zaki memerhatikan kami :P



Pemasangan litar utama. Nampak je kabel tu kecil tapi tajam tau sebab jari aku pernah berdarah tercucuk kabel, haha tu lah lalai lagi kan dah kena.



Pemasangan suiz satu dan suiz dua. Lab kali ni kita orang buat suiz dua hala, sebagai contoh selalu digunakan untuk tangga dekat rumah teres.


Keadaan pendawaian yang separuh siap.



Yang ini ialah fius perkhidmatan, satu untuk wayar live dan satu lagi untuk wayar neutral


Pemeriksaan dilakukan oleh En Zaki terhadap setiap kumpulan sebelum menghidupkan lampu.  


TADAA ~ ini lah hasil dari usaha aku dengan aery. Semuanya okay tapi lack dekat kreativiti je. Kalau masa boleh dipanjangkan sedikit mungkin kita orang sempat untuk men’c a n t I k’kan lagi tugasan kita orang ni. :P




kebersihan menjadi keutamaan dalam kerja - kerja pendawaian :)


:: BONUS ::



Pau Kacang mari ! hahaha, lepas habis lab lepak dulu sambil makan pau kacang kegemaranku, thanks to aery sebab belanja ye :)

skateboard !


Nak yang ni boleh?? heee~ Dah lama aku mengidam-idamkan natang haram ni, time nak kumpul duit lah banyak assingment datang berduyun-duyun, memang tak membukitlah tabung aku kan, haih. Aku harap boleh beli cepat-cepat sebelum usia makin meningkat. ngee ;B

Monday 25 April 2011

I am myself ;)


Hey~ first of all korang boleh panggil aku ATOI or ATOL, tak ada beza pun sebenarnya dua-dua tu, hahaha. Nama sebenar kalau nak tahu meh lah datang jumpa aku tanya sendiri sebab aku memang tak kan mention nama aku kat blog neh pun, niat tu tak kesampaian lagi lah, hahaha. Hospital Besar Melaka, itulah tempat dimana aku pertama kalinya melihat dunia iaitu pada 12hb april tahun 1992, tu tahun m o n y e t okay! Tak hairanlah kalau kadang-kadang tu korang nampak perangai aku ada sikit macam itu monyet, Hahaha! Aku anak yang ke-5 dari 6 orang adik beradik, membesar kat Shah Alam, sekolah pun dari tadika hingga lah dapat sijil berhenti sekolah menengah still tinggal kat Shah Alam and now sambung pula Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik kat PTPL Shah Alam. Aku neh seorang yang simple dan kalau tak kenal aku memang tak banyak cakap sangat lah, just pandang-pandang senyum-senyum je, hehehe. Tapi kalau dah kenal dah rapat korang pandai-pandai lah agak ye :)

   Favourite food aku yang pertama sekali mesti lah MASAKAN MAK aku sendiri kan, mak mak! SAMBAL UDANG  mak paling SEDAP tahu tak? Orang suka sangat! ;) then aku suka nasi ayam, nasi goreng pataya, kuey tiaw goreng basah, kfc, pau kacang, kek cokelat sebagai dessert dan macam-macam lagi lah, kalau nak mention satu-satu memang blog aku neh boleh jadi menu untuk restoran sekian-sekian lah kan.
    Aku suka sukan extream juga, contohnya s k a t e b o a r d, suka sangat tengok orang main skate kat extream park, banyak kali dah berangan nak main kat situ, sebenarnya kalau boleh semua sport yang ada dekat extream park tu aku nak cuba, hahaha. Suka juga aktiviti mendaki bukit dan gunung sebab rasa seronok je panjat-panjat neh bagi aku.
    Sangat  suka mendengar lagu dan kalau nak tahu aku lebih suka mendengar lagu dari tengok tv kat ruang tamu tu, rasa tenang je bila bersama dengan m u s I c, love you lah! ;D sekarang neh aku suka sangat dengan warna k u n i n g tak tahu lah kenapa, saya tersenyum bila melihat kamu, ewah~ B o l a pula seronok ditonton bersama rakyat Malaysia di restoran-restoran yang terpilih, terasa bangga okay bersorak bagai apabila gawang lawan dibolosi dengan rembatan kencang dari pasukan yang kita sokong! Hahaha! Setakat neh je lah yang aku boleh kongsi dengan korang semua, nak tulis panjang-panjang pun tak guna sebab buang masa korang je baca kan? Hahaha. By the way, thanks sebab sudi singgah untuk membaca. Saya budak baru belajar, apa-apa pun sila beri tunjuk ajar :) Terima kasih.

O p e n I n g :)




Assalammualaikum semua! Selamat datang. Haha neh bukan lah pertama kali aku membina  blog sebenarnya, ini adalah blog ke-2 aku dimana blog pertama merupakan TUGASAN aku untuk kelas pembangunan aplikasi web dan multimedia, aku pun tak tahu kenapa aku boleh sesat masuk kelas tu padahal dalam course aku tak perlu pun subjek neh, so benda neh kira bonus lah juga untuk aku, hahaha. Apa-apa pun blog neh adalah blog rasmi aku and welcome to my w o r l d people :) segala kritikan membina dialu-alukan manakala kritikan yang berunsur negative pula aku tempatkan mereka di dalam tong sampah ye, harap maklum :)