Monday 25 April 2011

I am myself ;)


Hey~ first of all korang boleh panggil aku ATOI or ATOL, tak ada beza pun sebenarnya dua-dua tu, hahaha. Nama sebenar kalau nak tahu meh lah datang jumpa aku tanya sendiri sebab aku memang tak kan mention nama aku kat blog neh pun, niat tu tak kesampaian lagi lah, hahaha. Hospital Besar Melaka, itulah tempat dimana aku pertama kalinya melihat dunia iaitu pada 12hb april tahun 1992, tu tahun m o n y e t okay! Tak hairanlah kalau kadang-kadang tu korang nampak perangai aku ada sikit macam itu monyet, Hahaha! Aku anak yang ke-5 dari 6 orang adik beradik, membesar kat Shah Alam, sekolah pun dari tadika hingga lah dapat sijil berhenti sekolah menengah still tinggal kat Shah Alam and now sambung pula Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik kat PTPL Shah Alam. Aku neh seorang yang simple dan kalau tak kenal aku memang tak banyak cakap sangat lah, just pandang-pandang senyum-senyum je, hehehe. Tapi kalau dah kenal dah rapat korang pandai-pandai lah agak ye :)

   Favourite food aku yang pertama sekali mesti lah MASAKAN MAK aku sendiri kan, mak mak! SAMBAL UDANG  mak paling SEDAP tahu tak? Orang suka sangat! ;) then aku suka nasi ayam, nasi goreng pataya, kuey tiaw goreng basah, kfc, pau kacang, kek cokelat sebagai dessert dan macam-macam lagi lah, kalau nak mention satu-satu memang blog aku neh boleh jadi menu untuk restoran sekian-sekian lah kan.
    Aku suka sukan extream juga, contohnya s k a t e b o a r d, suka sangat tengok orang main skate kat extream park, banyak kali dah berangan nak main kat situ, sebenarnya kalau boleh semua sport yang ada dekat extream park tu aku nak cuba, hahaha. Suka juga aktiviti mendaki bukit dan gunung sebab rasa seronok je panjat-panjat neh bagi aku.
    Sangat  suka mendengar lagu dan kalau nak tahu aku lebih suka mendengar lagu dari tengok tv kat ruang tamu tu, rasa tenang je bila bersama dengan m u s I c, love you lah! ;D sekarang neh aku suka sangat dengan warna k u n i n g tak tahu lah kenapa, saya tersenyum bila melihat kamu, ewah~ B o l a pula seronok ditonton bersama rakyat Malaysia di restoran-restoran yang terpilih, terasa bangga okay bersorak bagai apabila gawang lawan dibolosi dengan rembatan kencang dari pasukan yang kita sokong! Hahaha! Setakat neh je lah yang aku boleh kongsi dengan korang semua, nak tulis panjang-panjang pun tak guna sebab buang masa korang je baca kan? Hahaha. By the way, thanks sebab sudi singgah untuk membaca. Saya budak baru belajar, apa-apa pun sila beri tunjuk ajar :) Terima kasih.

1 comment:

  1. gilaaa laaa , INTRODUCTION neh , kalau "diaa" baca neh , memang dia hafal habisssss laaa :D * snyum perli , HAHAHA

    ReplyDelete