Friday, 6 July 2012

Tips pelajar kesayangan. Pfttt~



     Assalamualaikum pembaca semua. Dah lama juga aku  tak update blog ni. Bukan apa, saja je malas nak update sebenarnya. Kalau korang suruh aku tweet aku rajin lah, suruh makan ke, tidur ke. Tapi jangan suruh aku study pula, memang berat mata aku nanti.

     Post kali ni aku nak bagi tips macam mana nak buat lecturer suka korang dalam masa yang sama korang tak payah nak ikut peraturan sangat macam kena masuk kelas on time, submit assignment sebelum deadline, masuk semua event yang dianjurkan atau pape jelah yang buat korang malas nak join. Caranya senang je :)

     First of all, korang yang baru masuk kolej ni semester awal lah yang penting. Korang yang junior-junior ni tak payahlah nak tunjuk belang sangat kat kolej yang korang baru masuk. Kalau dah budak mentah tu budak mentah jelah kan, tak payah nak belagak sangat nak tunjuk pailang. Semester satu ni korang kena rajinlah sikit masuk kelas, assignment buat latihan semua buat jangan skip. Dalam kelas kena fokus jangan main-main. Baru lecturer aim korang budak baik, bagus semua, cara ni lah korang kena tunjukkan yang korang ni tak bermasalah. Lecturer tak berapa suka pelajar yang bermasalah ni. Perangai korang pun kena cantiklah baru sejuk hati lecturer nak mengajar. Maintainlah perangai macam ni dalam satu, dua semester ikut kepala lecturer jugalah.

     Bila lecturer dah start suka kat korang, time tu lah senang nak bodek dorang, korang nak bodek apa terpulanglah, bodek belanja ke bodek kasi up result korang ke suka hatilah. Kalau lecturer dah suka korang mesti dia tak marah sangat korang masuk kelas lambat, hantar assignment lambat ke. Macam aku lah buat benda semua lambat, tapi aku buat okay semuanya cuma lambat jeee. Sesekali korang kenalah berjenaka dengan lecturer korang, jangan sombong pula tak syok nanti belajar tak ada gelak ketawa. Nak berjanaka pun kena ikut tempat jangan berjenaka masa lecturer korang bad mood. Memang tapak kasut dia melekat kat muka korang nanti. Lagi satu korang kena pandai, pandai dalam pelajaran. Then korang nak ikut kepala sendiri ikut lah .

Haa kalau korang tak ada life korang ikut lah cara ni okay. Semoga berjaya. Kah kah kah ! 

No comments:

Post a Comment