Saturday, 7 July 2012

Cara aku tangani masalah

Dalam dunia ni semua orang tak suka masalah, cuba korang bagi tahu aku siapa je yang suka bila ada masalah. Pastinya korang pun tak sukakan masalah bukan? Tapi masalah selalu jadi kawan kita. Masalah nak tengok euro tapi esok kelas pagi dengan assignment yang melambak kat atas katil, masalah kawan makan kawan, masalah boipreng/gelpreng kena kebas dengan orang lain lah, masalah mak tak kasi keluar malam lah macam-macam masalah ada. 

Aku pun banyak masalah juga, macam-macam jenis masalah ada. Aku single tapi ada juga masalah macam orang ada kekasih. Aku sebagai pelajar memang keliling masalah dengan assignment yang dah macam kena jawab dalam bahasa perancis. Dengan mini projek yang agak men-tension-kan aku. Dengan duit ptptn tak keluar lagi. Macam-macam ah.


Cara-cara aku tangani masalah yang selalu membelenggu hidup aku ni banyak tapi aku nak kongsikan sikit je. Antaranya, kalau ada masalah aku akan duduk atas katil, sumbat earphone dekat telinga, buka lagu dan VOLUME UP. Memang aku tak layan orang lain dah. Cara lain aku akan tengok BOLA, hehe bola kira ubat paling mujarab bagi aku. Lagi-lagi kalau musim bola kan tengok kat mamak ramai-ramai dengan member, perghhhhhh layannn~ Kalau tengok kat stadium memang senyum sampai telinga lah habaq hang ! Kalau paling cikai pun tengok livestreaming, okay gak tapi stress sebab sangkut-sangkut.

Cara ketiga aku akan tidur, bila tidur kita akan lupakan masalah tapi dalam tempoh yang sekejap je. Kira okay lah sebab mana tahu tengah tidur tu korang mimpi crush korang ke kekasih korang ke kan, kira korang happylah juga tak ada stress dah bila bangun. Haa apa kau sengeh-sengeh tu? Otak kuning betul. Tapi kalau aku tidur sebab aku memang suka tidur. Keempat pergilah melepak dengan member, dapatlah dengar lawak bodoh dorang yang macam minta kaki juga kadang-kadang. Tapi tak apa yang penting ada fun tak perlu nak bawa stress korang tu bila melepak dengan member korang. 


Masalah tak akan selesai kalau kita larikan diri, sebaiknya cubalah tarik nafas panjang-panjang ambil wuduk pergi solat ke minta tenangkan hati. Itu yang sebaiknya lah InsyaAllah dapat petunjuk dari Allah. Jangan pula korang melalak bila ada masalah, memang tak akan selesai nya masalah tu. Orang lain pun tak nak dengar rasanya masalah korang. Apa-apapun selamat menghadapi masalah yang mendatang okay. Semoga korang tak mudah melatah bila berhadapan dengan masalah-masalah. Chill :) 


Jadikan masalah itu sebagai cabaran :)

No comments:

Post a Comment