Saturday 7 July 2012

FAM Bangsat ?

Entry kali ni aku nak cerita pasal sukan dinegara kita iaitu sukan bola sepak. Banyak-banyak sukan tak dinafikan lagi aku paling minat sukan bola sepak. Aku minat tengok je tak minat main pun. Tak pernah pun main bola padang actually, al maklumlah perempuankan. Nanti kalau aku main bola sepak tak manis dipandang pula -..-

Kita semua tahu yang bola sepak Malaysia sekarang semakin menaik sejak zaman kegelapannya disebabkan isu rasuah dikalangan pemain. Korang ni tak ada kerja lain ke nak buat selain dari makan duit haram tu? Aku ketuk juga kepala sekor-sekor ni kang. 

Yang terbaru ni kes FAM taknak hantar surat bantahan dekat AFC disebabkan Myanmar menurunkan pemain yang overaged. Bukan kami tak terima sebab kalah dengan Myanmar, tapi kami tak boleh terima sebab Myanmar menang kotor ! Dah nama pun AFC U-22 jadi kena lah ikut peraturan yang pemain mestilah bawah dari 22 tahun. Tak susah pun nak ikut peraturan ni. Myanmar ni memang suka menyamar ye? Dah tua tu buatlah cara dah tua, tu lah taknak asah bakat pemain dari kecik lagi kenapa. Sebok pergi bunuh umat Islam dekat sana. Gila.


Bukan sorang dua dia turunkan, tapi LAPAN orang ! Kalau macam tu kita turunkan Khairul Fahmi, Safee sali, Shahrul Idlan Talaha, Amirul Hadi, dengan kepten kita Safiq Rahim boleh kan? Memang kelaut lah Myanmar kena. FAM ni nak duit je, buat apa buat perlawanan antara kelab EPL? Kan lebih baik buat perlawanan persahabatan kelas A yang dapat membaiki ranking negara. Nampak sangat duit lagi penting dari ranking. Booo FAM BOOOO~


Kami sebagai penyokong bola sepak negara nak FAM dirombak semula, bagi jawatan-jawatan dalam FAM tu dekat orang yang banyak berjasa dalam bidang bola sepak ni. Yang tahu pasal bola yang dapat menaikkan martabat bola sepak negara. Ni tidak, FAM dipegangan oleh ahli politik. Tolong jangan politik kan bola sepak. Kami penyokong bukan boneka. Jangan permainkan perasaan kami sebagai penyokong, kami ada keinginan nak tengok Malaysia layak ke Olympic, layak ke Piala Dunia. Dan yang paling penting, JANGAN lunturkan semangat pemain Harimau Malaya kami ! Mohon FAM dirombak ! Sekian terima kasih.


Selamanya Harimau Malaya ~

No comments:

Post a Comment